Kitar Semula (Recycle)
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan
untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan
buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan
penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar
semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan
komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula"
hieraki buangan.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik.
Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman –
biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula
samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan
disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi
pengilangan.Dalam
erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan
baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai
digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene
terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini
seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan
menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain),
dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya
membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh.,
kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
No comments:
Post a Comment