Dalam kesibukan kita menjalankan aktiviti seharian,adakah kita sedar bahawa bumi tuhan ini semakin hari semakin dimamah usia?Adakah kite sedar yang kian hari bumi ini kian panas?Udara yang kita hirup dari hari kehari tidakkah anda rase kurang nyaman?Pernahkan anda fikirkan tentang hidupan-hidupan yang kian pupus akibat aktiviti sesetengah manusia yang tidak berperikemanusian?Jika tidak pernah terfikir,cubalah fikirkan mengenainya.Jika suatu hari nanti anak kecil atau cucu cicit anda ingin melihat fauna atau flora yang sudah pupus,mampukah anda nyatakan kebenarannya?Mampukah anda berbohong dengan si kecil itu dengan mengatakan yang anda sudah berusaha seboleh mungkin?Mungkin ada yang sanggup mengelak pertanyaan itu dengan menyelimutkan kebenaran yang pahit itu jauh di lubuh hatinya.Seandainya terlintas dihati anda untuk menyumbang kepada bumi ini,ayuhlah!Ayuh pelihara hutan kita demi generasi akan datang!
ANTARA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA HUTAN
1.Mewartakan Hutan Simpan
Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.
2.Mewujudkan Taman Negara
Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.
Contoh
: Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara
Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman
Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman
Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak).
3.Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-Undang.
Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.
4.Pendidikan Alam Sekitar
Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
5.Kempen Alam Sekitar
Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.
6.Penghutanan Semula

Penghutanan
semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan
spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan
suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam
sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar
seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan
sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan
Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini
dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah
dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan
Simpan Paya Laut, Perak.
7.Penggunaan Baja Organik
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.
8.Kaedah biologi
Peladang
kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal
makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah
biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah
biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga
dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam
sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan
burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang
merosakkan buah kelapa sawit.
9.Pertanian Tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

10.Kaedah Perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.Penilaian impak alam sekitar(EIA):(EIA) merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

No comments:
Post a Comment