Penggunaan Semula (Reuse)
Penggunaan
semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam
mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa
perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh
digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru.
Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas
semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal
berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat
memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber
asli semula jadi.
MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?
Dengan
menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat
digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan
untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila
keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan
penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan.
Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah :
Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah :
- Pemeliharaan sumber semula jadi
Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.
- Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya
Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.
- Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.
- Perniagaan sektor industri
Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.
- Pengguna
Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula.
No comments:
Post a Comment