Go-Green adalah suatu gerakan yang bertujuan memelihara dan mencipta
suasana persekitaran hidup yang lebih baik bagi semua makhluk(manusia,flora dan fauna) yang menumpang di muka bumi ini.Kadangkala kita sering terlupa hakikat yang kita hanyalah hidup sementara di bumi yang amat indah ini.Walhal,sama ada kita sedar ataupun tidak,sebenarnya cara pemikiran tersebut mempengaruhi perlakuan kita dari hari ke hari.Kita memandang enteng dan malas mengambil tindakan walaupun kerap bersemuka dengan aktiviti/situasi yang boleh memberi kemudaratan terhadap alam sekitar ini.Terimalah hakikat bahawa hidup kita di dunia ini hanya sekali,nescaya kita akan lebih berusaha untuk memastikan kehidupan kita dapat dilalui dengan lebih bermakna dan berkualiti.
Secara ringkas,konsep go green ialah memulihara serta memelihara bumi kita ini agar dapat melahirkan persekitaran yang sihat untuk segala yang hidup dibumi ini termasuklah generasi kita ini dan juga generasi yang akan datang agar cucu-cicit kita dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.Jadi,jangan tunggu lagi!Jom sama-sama menyumbang!
*mohon tegur andai kata kami tersilap taip,terkasar bahasa ataupun jika ingin memberi cadangan mahupun sekadar berborak santai.kami budak baru belajar,kalau salah tolonglah ajar.


No comments:
Post a Comment