Tuesday, 4 March 2014

Go Green

http://www.myhealth.gov.my/images/ubat/Kempen%20Go%20Green%201.jpg 

Go Green !


Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar dalam jangka masa panjang.Mahukah anda memandang selonggok sampah yang terisi di dalam beg plastik dibuang merata dan berada di situ selama puluhan tahun? Atau sanggupkah anda makan makanan yang tercemar dengan bahan kimia beg plastik, yang mungkin boleh menyebabkan anda mendapat kanser? Tentu jawapan anda adalah tidak!
   
    Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan beg plastik ini, beberapa langkah telah diambil kerajaan serta pelbagai pihak yang sedar akan kepentingan untuk tidak menggunakan beg plastik. Antara langkah yang diambil adalah dengan menganjurkan kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah serta pasar raya.
Kempen-kempen yang dijalankan serba sedikit dapat membantu mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta mempertingkatkan kesedaran pengguna terhadap kesan buruk penggunaan beg plastik.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

       
    Sejajar dengan langkah yang diambil kerajaan serta pihak berkuasa, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil inisiatif sama dengan menganjurkan Kempen Go Green - Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik di farmasi.

    Selain dapat daripada mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjamin persekitaran yang sihat, Kempen Go Green juga dapat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan bagi membeli beg plastik untuk kegunaan di institusi farmasi. Ini kerana pada tahun 2010 sahaja, sekurang-kurangnya RM 1 juta telah dibelanjakan untuk membeli beg plastik. Selain daripada itu, beg guna semula yang ada dibekalkan adalah mesra alam, lebih tahan lama dan boleh diguna pakai berulang kali.

    Oleh yang demikian, Kempen Go Green ini amat wajar dilaksanakan bukan sahaja di peringkat farmasi, malahan diamalkan secara menyeluruh di Malaysia. Kempen sebegini memerlukan sokongan dari semua terutamanya para pesakit. Ini bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya serta dapat menghasilkan impak positif terhadap pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara dan kesihatan rakyat.

No comments:

Post a Comment