Tuesday, 11 March 2014

Kepentingan Amalan Kitar Semula

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

          Sebelum kami menceritakan tentang kepentingan amalan kitar semula ini dengan lebih mendalam,apa kata anda tinjau dahulu gambar-gambar di bawah.Gambar-gambar berikut menerangkan serba sedikit tentang aktiviti "kitar semula".
Definisi Kitar Semula:
Proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.

GAMBAR-GAMBAR INI SEKADAR MENERANGKAN TENTANG KITAR SEMULA















 







































ANTARA MANFAAT DAN KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA
1)Dapat membantu mengurangkan kawasan pelupusan sampah kerana jangka hayat tapak pelupusan dapat ditingkatkan.

2)Mengurangkan jumlah kuantiti sampah yang dibuang.

3)Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

4)Mengurangkan kebergantungan terhadap bahan mentah.

5)Dapat mengekalkan dan menyimpan sumber asli seperti kayu balak.

6)Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga berbanding tenaga yang diperlukan untuk memproses bahan mentah.Justeru itu,ianya dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

7)Mengurangkan masalah pemanasan global serta pulau haba.

8)Mengurangkan pencemaran udara,air,dan meningkatkan kesuburan tanah.

9)Dapat menjimatkan kos,tenaga dan pembaziran.(Kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggu semata-mata untuk menguruskan sisa buangan sebaliknya dapat disalurkan ke sektor lain).

10)Menjamin tahap kebersihan alam sekitar.

11)Menjamin pemuliharaan hidupan liar kerana habitat mereka akan semakin kurang diterokai.

12)Mewujudkan serta memastikan generasi akan datang dapat meneruskan hidup dengan selesa.

13)Persekitaran yang sihat menghasilkan manusia yang lebih berdaya saing,produktif dan sekaligus memajukan negara.

Thursday, 6 March 2014

JAGALAH HUTAN KITA!


Dalam kesibukan kita menjalankan aktiviti seharian,adakah kita sedar bahawa bumi tuhan ini semakin hari semakin dimamah usia?Adakah kite sedar yang kian hari bumi ini kian panas?Udara yang kita hirup dari hari kehari tidakkah anda rase kurang nyaman?Pernahkan anda fikirkan tentang hidupan-hidupan yang kian pupus akibat aktiviti sesetengah manusia yang tidak berperikemanusian?Jika tidak pernah terfikir,cubalah fikirkan mengenainya.Jika suatu hari nanti anak kecil atau cucu cicit anda ingin melihat fauna atau flora yang sudah pupus,mampukah anda nyatakan kebenarannya?Mampukah anda berbohong dengan si kecil itu dengan mengatakan yang anda sudah berusaha seboleh mungkin?Mungkin ada yang sanggup mengelak pertanyaan itu dengan menyelimutkan kebenaran yang pahit itu jauh di lubuh hatinya.Seandainya terlintas dihati anda untuk menyumbang kepada bumi ini,ayuhlah!Ayuh pelihara hutan kita demi generasi akan datang!

ANTARA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA HUTAN


1.Mewartakan Hutan Simpan
Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.


2.Mewujudkan Taman Negara
Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.

Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak).

3.Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-Undang.
Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan  kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.

4.Pendidikan Alam Sekitar
Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 

5.Kempen Alam Sekitar
Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.

6.Penghutanan Semula
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

7.Penggunaan Baja Organik
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat  menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.


8.Kaedah biologi
Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

9.Pertanian Tetap
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.


10.Kaedah Perundangan
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.Penilaian impak alam sekitar(EIA):(EIA) merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan. 

3R-Mengurangkan

Mengurangkan (Reduce)


Komponen pertama dan paling berkesan dalam hierarki proses kitar semula ialah "mengurangkan" bahan buangan yang dihasilkan. Pengguna digalakkan untuk mengurangkan sisa mereka dengan membeli secara pukal, membeli barang yang kurang menggunakan bungkusan dan beralih kepada barangan yang boleh digunakan semula dan bukannya barangan pakai buang. Perniagaan boleh mengamalkan kaedah pembuatan yang kurang memerlukan sumber dan kurang menjana sisa. Selain memberi manfaat kepada alam sekitar, usaha-usaha ini sering menawarkan pengguna dan pihak peniaga(pembekal) insentif kewangan perbelanjaan yang lebih rendah dalam pembelian dan penjualan produk tersebut.

"MENGURANGKAN"(REDUCE) juga dalam erti kata lain dengan mengurangkan penggunaan  sumber . Ini adalah yang kaedah yang paling berkesan dalam konsep 3R dan mudah dimulakan walau dimana kita berada. Ia juga, saya fikir, yang paling sukar kerana ia memerlukan kita untuk meninggalkan beberapa tanggapan ala-ala Amerika, termasuk : "yang lebih besar itulah yang lebih baik", "kad terup yang baru akan menjadi lama juga akhirnya" dan "kemudahan adalah sesuatu yang menjamin kesempurnaan".

Tetapi itu tidak bermaksud anda perlu untuk meninggalkan sepenuhnya atau semuanya sekali gus.
Secara ringkas,"mengurangkan " adalah satu konsep mudah iaitu mengurangkan dari tempat anda berada sekarang.

Walau bagaimanapun,dalam aktiviti membeli-belah biasanya ia memerlukan kelainan. Hal ini kerana ketika membeli-belah kita membeli barangan yang bukan sahaja tahan lama dan baik dibuat , tetapi perlu juga banyak fungsi serta versatil(sesuai) untuk kegunaan anda untuk jangkamasa yang panjang . Wang tambahan yang anda belanjakan untuk membelinya sebenarnya adalah lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu menggantikannya.Jangan mengejar fesyen terkini kerana ianya akan ketinggalan lebih cepat .Elektronik pula berbeza,perbelanjaan yang lebih akan menjadikannya lebih berbaloi . Komputer yang menggunakan pemprosesan yang lebih canggih akan lebih berkemampuan di naik taraf perisiannya selepas beberapa tahun dan monitor yang besar akan memudahkan ketika melayari laman sesawang yang pastinya akan menjadi lebih lebar/luas seiring dengan kemajuan teknologi kerana lebih luas laman web,lebih banyak bahan yang boleh diisi. . Begitu juga dengan telefon bimbit yang dilengkapi papan kekunci teks penuh (termasuk skrin sesentuh) kerana era pesanan ringkas dan macam-macam lagi kebolehan akan di naik taraf bersesuaian dengan sesuatu era.

Bahan Yang Boleh Dikitar Semula

APAKAH BAHAN YANG DAPAT DIGUNAKAN SEMULA?

 


ez17030912373079995.gif
Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal.
Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.
ez17030912373079990.gif Sampul surat.
Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.
ez17030912373079991.gif Bekas botol kaca dan pasu.
Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.

ez17030912373079992.gif Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap).
Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah.
ez17030912373079993.gif Pakaian lama.
Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.
ez17030912373079994.gif Bungkusan.Bahan logam dan bekas telur boleh didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak – kanak, supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau untuk projek kraftangan.
ez17030912373080470.gif Kertas-kertas terpakai.
Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!
ez17030912373080471.gif Tayar.
Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.



Wednesday, 5 March 2014

3R-Penggunaan Semula

Penggunaan Semula (Reuse)


 


Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.



MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING?

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan.
     
Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah :

  • Pemeliharaan sumber semula jadi
    Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.

  • Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya
    Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.


  • Menjimatkan kos
    Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.

  • Perniagaan sektor industri
    Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.

  • Pengguna
    Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.


Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula.

3R-Kitar Semula

Kitar Semula (Recycle)

 

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).


 

Tuesday, 4 March 2014

Go Green

http://www.myhealth.gov.my/images/ubat/Kempen%20Go%20Green%201.jpg 

Go Green !


Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar dalam jangka masa panjang.Mahukah anda memandang selonggok sampah yang terisi di dalam beg plastik dibuang merata dan berada di situ selama puluhan tahun? Atau sanggupkah anda makan makanan yang tercemar dengan bahan kimia beg plastik, yang mungkin boleh menyebabkan anda mendapat kanser? Tentu jawapan anda adalah tidak!
   
    Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan beg plastik ini, beberapa langkah telah diambil kerajaan serta pelbagai pihak yang sedar akan kepentingan untuk tidak menggunakan beg plastik. Antara langkah yang diambil adalah dengan menganjurkan kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah serta pasar raya.
Kempen-kempen yang dijalankan serba sedikit dapat membantu mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar serta mempertingkatkan kesedaran pengguna terhadap kesan buruk penggunaan beg plastik.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

       
    Sejajar dengan langkah yang diambil kerajaan serta pihak berkuasa, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil inisiatif sama dengan menganjurkan Kempen Go Green - Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik di farmasi.

    Selain dapat daripada mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjamin persekitaran yang sihat, Kempen Go Green juga dapat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan bagi membeli beg plastik untuk kegunaan di institusi farmasi. Ini kerana pada tahun 2010 sahaja, sekurang-kurangnya RM 1 juta telah dibelanjakan untuk membeli beg plastik. Selain daripada itu, beg guna semula yang ada dibekalkan adalah mesra alam, lebih tahan lama dan boleh diguna pakai berulang kali.

    Oleh yang demikian, Kempen Go Green ini amat wajar dilaksanakan bukan sahaja di peringkat farmasi, malahan diamalkan secara menyeluruh di Malaysia. Kempen sebegini memerlukan sokongan dari semua terutamanya para pesakit. Ini bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya serta dapat menghasilkan impak positif terhadap pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan matlamat kerajaan Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara dan kesihatan rakyat.

FROM MALAYSIA WITH LOVE

 

Go-Green adalah suatu gerakan yang bertujuan memelihara dan mencipta suasana persekitaran hidup yang lebih baik bagi semua makhluk(manusia,flora dan fauna) yang menumpang di muka bumi ini.Kadangkala kita sering terlupa hakikat yang kita hanyalah hidup sementara di bumi yang amat indah ini.Walhal,sama ada kita sedar ataupun tidak,sebenarnya cara pemikiran tersebut mempengaruhi perlakuan kita dari hari ke hari.Kita memandang enteng dan malas mengambil tindakan walaupun kerap bersemuka dengan aktiviti/situasi yang boleh memberi kemudaratan terhadap alam sekitar ini.Terimalah hakikat bahawa hidup kita di dunia ini hanya sekali,nescaya kita akan lebih berusaha untuk memastikan kehidupan kita dapat dilalui dengan lebih bermakna dan berkualiti.
  

Secara ringkas,konsep go green ialah memulihara serta memelihara bumi kita ini agar dapat melahirkan persekitaran yang sihat untuk segala yang hidup dibumi ini termasuklah generasi kita ini dan juga generasi yang akan datang agar cucu-cicit kita dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.Jadi,jangan tunggu lagi!Jom sama-sama menyumbang!
                                                                                                                                                                   

*mohon tegur andai kata kami tersilap taip,terkasar bahasa ataupun jika ingin memberi cadangan mahupun sekadar berborak santai.kami budak baru belajar,kalau salah tolonglah ajar.
"This is our 1st tRY,Please don't make us cRY."

DO YOU AGREE?